Wednesday, December 8, 2010

Pada hari ini saya akan dedahkan  perubahan ketara yang pasti di alami oleh golongan 40 an dan keatas. Perkara pertama yang harus di terima ialah deria penglihatan dan pendengaran di usia yang tersebut saya kira 98% dalam 100% akan mengalami masalah tersebut.Seterusnya stamina semakin berkurangan,kalau dulu kita bolih melakukan kerja yang berat sehingga maksimum lapan hingga sepuluh jam, namun dalam usia 40 dan keatas kebanyakannya tidak lagi mampu untuk berbuat demikian.Bagi yang minat bersukan,khususnya bolasepak,kalau dulu boleh bermain sepenuh masa 90 minit,kini mungkin hanya mampu bermain dalam 30-ke 45 minit...Anda harus akui hakikat usia semakin meningkat dan pastinya perkara no.1 yang harus di beri perhatian ialah Pemakanan kita,Awas selalunya pada ketika ini masalah berat badan kian meruncing kerana beberapa kemungkinan,keadaan hidup yang kebanyakannya ketika ini serba selesa,aktiviti lasak misalnya bersukan semakin kurang.

Baiklah kita jadikan perubahan-perubahan tersebut sebagai panduan bagi mereka yang belum mencapai tahap usia seperti yang di sebutkan diatas agar mereka dapat bersedia sambil berusaha untuk melambatkan proses peralihan di atas dan perkara ini sebenarnya boleh di lakukan sekiranya ada kesedaran dan persediaan dari awal yakni dari usia muda lagi kerana cara pemakanan kita dari usia muda 80% akan mempengaruhi kesihatan kita di masa 40 an dan keatas.

Kita selalu membaca dan mendengar tentang Pemakanan Seimbang,dimana seluruh dunia mengiktiraf nya sebagai pencegah kepada semua jenis penyakit,Contohnya Penyakit Tekanan darah tinggi,Sakit Jantung dan Angin Ahmar(Strok)serta penyakit Kencing Manis.Biasanya Golongan yang terlibat dengan penyakit-penyakit di atas ialah mereka yang berada dalam lingkungan usia 40 dan keatas walaupun ada juga mereka yng mengalaminya di usia muda namun amat sedikit,itu pun atas faktor-faktor keturunan.Oleh itu sama-samalah kita renungkan tentang apa yang saya tuliskan pada hari ini dan akan datang saya akan kongsikan pula tentang cara pengambilan yang betul kepada makanan-makanan yang berpotensi menyebabkan penyakit-penyakit tersebut satu persatu.Akhirnya dalam post yang ini kepada siapa-siapa yang telah sudi membaca saya memohon berbanyak-banyak maaf di atas bahasa dan cara penulisan yang kurang teratur.Saya akan sentiasa update blog ini untuk renungan bersama di samping niat ikhlas untuk mengingatkan diri saya sendiri dan generasi-generasi muda betapa pentingnya pengawalan diet semasa usia masih muda dan seterusnya(Penulis tidak tergolong dalam generasi muda)..

update 1
Tekanan Darah Tinggi(Hypertensi)
 Merujuk kepada kadar tekanan darah yang biasanya lebih tinggi daripada kadar biasa bagi suatu jangkamasa yang lama. Pesakit yang mempunyai paling minima tiga bacaan tekanan darah melebihi 140/90 mmHg semasa berehat biasanya dijangka mempunyai keadaan tekanan darah tinggi.


Antara Penyebab Penyakit ini.


90% penyebab sebenar Tekanan Darah Tinggi adalah tidak diketahui manakala 
10% lagi adalah akibat penyebab sekunder iaitu akibat penyakit tertentu. 
• Sebab yang tidak diketahui (90%) 
• Sebab sekunder (10%)  
1. Penyakit buah pinggang  
2. Penyakit sistem endokrin  
3. Penyakit pembuluh darah  
4.Faktor keturunan.(50%)



Faktor Risiko Tekanan Darah Tinggi. 
Faktor risiko yang menyebabkan Tekanan Darah Tinggi adalah: 
• Cara hidup tidak aktif  
• Umur melebihi 35 tahun(40 an)  
• Merokok (kalau dapat berhenti teruss)
• Kegemukan  
• Paras kolesterol tinggi (makanan seimbang)
• Sejarah keluarga  
• Pengambilan alkohol yang berlebihan (kurang-kurangai aramai tee )
• Pengambilan garam yang tinggi (makanan seimbang) 






Tanda dan Gejala 
• Pengidap Darah Tinggi kebanyakkannya tidak mengalami sebarang gejala  
• Kadang-kadang seseorang itu hanya mengalami gejala yang tidak spesifik seperti 
sakit kepala atau pening kepala  • Sakit kepala boleh berlaku dalam kes Tekanan Darah Tinggi. Selalunya 
ianya berlaku di waktu pagi, bahagian belakang kepala dan rasa berdenyut 
(bergantung kepada tahap keterukan Tekanan Darah Tinggi)  
• Untuk memastikan atau mengesahkan Tekanan Darah Tinggi, sila periksa 
tekanan darah anda di klinik berhampiran. Doktor anda akan menasihatkan berapa 
kerap anda perlu memeriksa tekanan darah. 
Peringatan, jangan tunggu sehingga gejala timbul kerana ia mungkin telah terlambat.

Kesan-Kesan Yang Akan Berlaku Sekiranya Tidak di Kawal.

Tekanan darah yang tinggi akan mengakibatkan bebanan kepada organ-organ dalam badan 
dan boleh menyebabkan kerosakan. Diantara komplikasi/kesan akibat penyakit 
Tekanan Darah Tinggi adalah seperti: 
• Otak  
o Serangan Stroke/Angin Ahmar atau Stroke ringan dan sementara (Transient 
Ischaemic Attack) 
• Penyakit jantung.  
 • Komplikasi pada mata  
o Perdarahan dan kerosakan kepada kawasan yang sensitif dalam mata 
o Keadaan yang dikenali sebagai Hypertensive Retinopathy 
• Komplikasi pada buah pinggang  
o Kegagalan fungsi buah pinggang (paras serum kreatinin tinggi, 
Microalbuminuria, Proteinuria). 
• Peripheral vascular disease seperti 
o Aneurysm  
o Kehilangan satu atau lebih denyut nadi
Segala yang telah di terangkan di atas saya buat secara ringkas sahaja kerana istilah-istilah perubatan ini terlalu kompleks untuk di fahami,walau bagaimana pun saya telah sedaya upaya mengolahnya agar senang untuk di fahami.



Tekanan Darah Tinggi anda boleh dirawat  
• tanpa menggunakan ubatan  
o Perlu mengubah amalan cara hidup andae  
o Amalkan permakanan sihat  
o Kurangkan pengambilan garam dan kolesterol  
o Melakukan senaman berkala  
o Kurangkan berat badan jika berlebihan  
o Atasi tekanan secara berkesan  
o Berhenti merokok


Sebagai manusia biasa adalah agak mustahil untuk mengamalkan sekali gus saranan-saranan di atas,oleh itu adalah lebih baik jika sudah di sahkan mengidap darah tinggi anda sentiasa meminta rawatan,nasehat dan ubat-ubatan dari doktor.
Di sini juga penulis ingin berkongsi satu petua orang tua-tua tentang amalan pemakanan khas untuk mengurangkan penyakit darah tinggi ini:

Caranya ialah dengan memakan buah belimbing muda sebanyak dua biji sehari. Amalkan memakan buah belimbing ni setiap hari sehinggalah tekanan darah turun ke paras normal.

Selain itu, jangan lupa jaga pemakanan seharian. Kurangkan pengambilan garam, daging dan makanan yang mengandungi banyak lemak.

Selamat mencuba. Tujuan utama post ini ikhlas untuk berkongsi sedikit mklumat untuk diri sendiri dan sesiapa yang sudi membaca.Harus di ingat bahawa sebarang masalah yang berhubung kait dengan kesihatan haruslah di rujuk kepada doktor anda.Terimakasih.







No comments:

Post a Comment